Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prk Polis Puashati Dengan Kerjasama Semua Pihak

Published: 10 Jun 2014 6.03 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Dato' Khalid Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berterima kasih kepada semua pihak, penyokong dan parti-parti yang bertanding dengan kerjasama ya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-polis-puashati-dengan-kerjasama-semua-pihak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:51 MYT
Bukit Aman - 27 Oktober 2010. YDH CP Dato' Khalid bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) berterima kasih kepada semua pihak, penyokong dan parti-parti yang bertanding dengan kerjasama yang diberikan dan mematuhi arahan pihak polis melalui Sidang Media yang diadakan pada jam 10.05 pagi ini di Dewan Theatrette, Bukit Aman.

Beliau turut menyatakan rasa puashati dengan suasana kempen pilihanraya kali ini yang tidak mencetuskan sebarang insiden atau kejadian yang tidak diingini. Suasana sebegini yang diharapkan dari semua parti politik yang bertanding agar proses demokrasi berjalan lancar, bermula dari hari berkempen sehinggalah pada hari mengundi, 4 November 2010.

Setakat hari ini, 3 permohonan permit mengadakan ceramah di Galas, Gua Musang, Kelantan telah diluluskan manakala 1 di Batu Sapi, Sandakan, Sabah. YDH CP Dato' Khalid menyeru parti bertanding yang ingin mengadakan ceramah, memohon permit daripada Ketua Polis Daerah di kawasan masing-masing. Pihak polis akan mempercepatkan proses permohonan namun ianya tertakluk kepada kesesuaian tempat dan keadaan bagi memastikan proses pilihanraya kali ini berlangsung dalam suasana yang harmoni.

Bagi menjawab pertanyaan pihak media mengenai keanggotaan PDRM yang terlibat, YDH CP Dato' Khalid memaklumkan pihak polis telah bersedia dengan kekuatan pegawai dan anggota PDRM yang mencukupi bagi menghadapi pilihanraya kali ini.

ArticlePublished 10 Jun 2014 6.03 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM