Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prk Kpn Lawat Pusat Kawalan Pantau Petugas Pdrm Kawal Keselamatan Di Pusat Penamaan Calon

Published: 26 Aug 2023 4.38 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2023 - Sempena penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Johor pada hari ini, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah hadir di Pusat Kawalan Malaysia di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-kpn-lawat-pusat-kawalan-pantau-petugas-pdrm-kawal-keselamatan-di-pusat-penamaan-calon
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:53 MYT
 
 
Kuala Lumpur, 26 Ogos 2023 - Sempena penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Simpang Jeram, Johor pada hari ini, Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain telah hadir di Pusat Kawalan Malaysia di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, di sini.

Kehadiran beliau bertujuan memantau penugasan pegawai dan anggota Kontinjen Johor di lapangan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di pusat penamaan calon berkenaan.

Tan Sri Razarudin turut ditaklimatkan oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat mengenai penugasan pasukan Op Cantas secara tele sidang.

Hadir sama, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM (KDNKA), Bukit Aman, CP Dato’ Hishamudin Tahar, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Allaudeen Abdul Majid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin, Timbalan Pengarah KDNKA Pasukan Gerakan Am, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan DCP Gerakan, Jabatan KDNKA, DCP Dato' Mohd Yusoff Mamat.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.
 
 

May be an image of 6 people, ambulance and text

May be an image of 9 people, dais and text

May be an image of 10 people, newsroom and text

May be an image of 7 people and text

May be an image of 3 people and text
ArticlePublished 26 Aug 2023 4.38 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM