
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Ruang Udara Putrajaya Akan Ditutup Selama 60 Minit
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan memaklumkan badan itu telah mengeluarkan nasihat menerusi Penerbitan Maklumat Aeronautik b...
Putrajaya, 26 Ogos 2023 - Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit mulai hari ini hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2023.
Menurut CAAM, nasihat itu dihebahkan memandangkan Tentera Udara Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia akan menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Kebangsaan ke-66 yang akan diadakan di Putrajaya, pada 31 Ogos ini.
“Objektif perubahan ini adalah untuk memastikan aliran trafik udara yang selamat, teratur dan pantas sebelum, semasa dan selepas acara lintas hormat dan payung terjun dengan mengambil kira peningkatan jumlah pergerakan dan pengendalian khas yang diperlukan sepanjang acara sambutan ini,” menurut kenyataan itu.