Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Presiden Majlis Peguam Malaysia Kunjungi Ketua Polis Negara

Published: 11 Jun 2014 5.15 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, menerima Kunjungan Hormat daripada Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia (MPM), petang ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/presiden-majlis-peguam-malaysia-kunjungi-ketua-polis-negara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:55 MYT

Kuala Lumpur, 24 Jun 2011 - YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara, menerima kunjungan hormat daripada En. Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia (MPM), petang ini.


Pertemuan berlangsung di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dan turut dihadiri CP YDH Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), YDH CP Datuk Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), YDH Dato' Mohd Rodwan Mohd Yusof, Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan YDH Dato' Razali Basri, Pen. Pengarah D5 Pendakwaan/Undang-Undang JSJ.


Delegasi Majlis Peguam Malaysia pula terdiri daripada Christopher Leong Sau Foo, Timbalan Presiden Majlis Peguam Malaysia, En. Tony Woon Yeow Thong, Setiausaha dan En. Rajendran Samuel Devaraj.


Melalui pertemuan itu dapat mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara.


Presiden Majlis Peguam Malaysia Kunjungi Ketua Polis Negara
Perbincangan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Peguam Malaysia (MPM) diketuai oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Kunjungi Ketua Polis Negara
Erat ..... hubungan erat di antara kedua-dua pemimpin dapat memastikan rakyat akan merasa lebih terbela.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Kunjungi Ketua Polis Negara
Bergambar kenangan diakhir Kunjungan Hormat

Oleh : SM Megat Nizar

Foto : L/Kpl. Aslam Syir Khan

ArticlePublished 11 Jun 2014 5.15 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM