Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Video Pilihan Jsj Bukit Aman Gempur Sarang Transit Migran

Diterbitkan: 15 Aug 2021 1.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kajang, 15 Ogos 2021 - Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, yang dipercayai sedang bersedia untuk diseludup pulang ke negara asal dalam serbuan hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-video-pilihan-jsj-bukit-aman-gempur-sarang-transit-migran
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT
Kajang, 15 Ogos 2021 - Bahagian Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menahan 16 lelaki dan seorang wanita warga Myanmar, yang dipercayai sedang bersedia untuk diseludup pulang ke negara asal dalam serbuan hari ini.

Dalam serbuan ke atas rumah teres di Taman D'Impian, Balakong, di sini, jam 2.30 petang tadi, polis turut menahan tiga lelaki membabitkan dua warga Myanmar dan seorang warga tempatan yang bertindak sebagai ejen kepada migran asing ini.

Salah seorang ejen warga Myanmar ditemui dikurung dan dirantai dalam sebuah bilik oleh migran asing dan ejen lain sejak dua bulan lalu, selepas dipercayai menggelapkan wang yang dibayar oleh migran berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Tuan Fadil Marsus berkata, semua migran terbabit ditempatkan di rumah teres dua tingkat itu yang dijadikan pusat transit antara sehari hingga empat bulan lalu.

"Migran warga Myanmar berusia antara 26 hingga 44 tahun ini dipercayai membayar sejumlah wang antara RM3,000 hingga RM4,000 setiap seorang kepada ejen berkenaan sebelum ditempatkan di pusat transit itu sehinggalah pergerakan mereka ke sempadan tanah air diaturkan.

"Berkemungkinan disebabkan kawalan ketat polis di luar serta sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terkandas di rumah yang diserbu itu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-gempur-sarang...

ArtikelDiterbitkan 15 Aug 2021 1.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM