Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Unit Dron Pdrm Bantu Pantau Pematuhan Sop Di Kawasan Hotspot Kuala Lumpur Dan Putrajaya

Diterbitkan: 21 Sep 2021 12.31 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 21 September 2021 - Bermula 16 September lalu, Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman turut terlibat dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa lokasi tumpuan (hotspot) sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-unit-dron-pdrm-bantu-pantau-pematuhan-sop-di-kawasan-hotspot-kuala-lumpur-dan-putrajaya
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:22 MYT
Kuala Lumpur, 21 September 2021 - Bermula 16 September lalu, Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman turut terlibat dalam pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di beberapa lokasi tumpuan (hotspot) sekitar Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Antara lokasi tersebut termasuk taman-taman awam yang jelas dilihat pertambahan luar biasa jumlah pengunjung susulan kelonggaran Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan 10 September lepas.

Pemantauan udara yang dilakukan oleh Unit Dron di Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana pada Ahad lalu telah diketuai oleh Pegawai Operasi/Risikan Unit Dron, Inspektor Abu Bakar Ismail bersama Koperal Fauziee Awang, sebagai bantuan kepada pasukan pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Penggunaan dron dalam pemantauan yang dikendalikan mampu bertahan selama 30 minit hingga satu jam dan boleh diterbangkan dalam radius lima hingga lapan kilometer.
Selain itu, ia turut memiliki teknologi merakam gambar dan membuat hebahan dalam tiga bahasa iaitu, Bahasa Melayu, Tamil serta Mandarin.

Dron berkenaan juga berupaya menghantar maklumat kepada pasukan pemantau sekiranya ia mengesan pengunjung yang tidak mematuhi SOP di lapangan, sebelum pemantauan secara fizikal dilakukan.

Sementara itu, Sarjan Azreen Shah Alias dan Lans Koperal Mohd Fakhruddin John Muda dari Unit Dron membantu pasukan pemantau dari IPD Putrajaya hari ini bagi melakukan pemantauan udara di kawasan taman-taman awam sekitarnya.

Jurugambar: Koperal Rafsamjani Shamsul Kahar, Lans Koperal Aizat Afiq Kamarudin dan Lans Koperal Mohd Shazril Rashid.

May be an image of one or more people, people standing and outdoors

May be an image of sky

May be an image of outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of outdoors

May be an image of phone and screen

May be an image of one or more people and outdoors

May be an image of outdoors and text that says 'POLIS UAV G05 GUa UDARA'

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says 'BAKAR POLIS POLIS'

May be an image of camera and outdoors

ArtikelDiterbitkan 21 Sep 2021 12.31 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM