Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Terima Kasih Frontliners Atas Keringat Yang Telah Dicurahkan Selama Ini

Diterbitkan: 10 Oct 2021 2.02 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob petang tadi bahawa rentas negeri DIBENARKAN oleh pihak Kerajaan Malaysia, bermula esok, 11 Oktober 2021.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-terima-kasih-frontliners-atas-keringat-yang-telah-dicurahkan-selama-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:25 MYT
Sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob petang tadi bahawa rentas negeri DIBENARKAN oleh pihak Kerajaan Malaysia, bermula esok, 11 Oktober 2021.

Walaupun sekatan jalan raya (SJR) khusus untuk mengawal pergerakan rentas negeri akan ditamatkan tepat jam 12.00 malam ini, suka kami mengambil kesempatan ini untuk menasihati seluruh rakyat Malaysia yang begitu dekat di hati kami.

Sentiasa patuh dan beringat:

1. Laksanakan kawalan kendiri dan mematuhi SOP kesihatan yang telah ditetapkan,
2. Hanya yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan rentas negeri,
3. Jangan sesekali memasuki kawasan yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan
4. Kepada Yang Maha Esa kita berdoa semoga Malaysia terus dilindungi serta aman sejahtera.

Salam sayang dari kami, warga Polis Diraja Malaysia ❤🇲🇾


May be an image of 2 people and text that says 'bnย MENGHABISKAN BERPULUH-PULUH JAM LAMANYA DALAM SESUATU KESABARAN, KECEKALAN YANG MUDAH. TUGASAN MEREKA
ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2021 2.02 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM