Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Opbantu Setiamembantu Keratan Akhbar Pilihan Op Bantu Pegawai Anggota Polis Harungi Cabaran Serah Bakul Makanan

Published: 26 Aug 2021 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tenom, 26 Ogos 2021 – Terpaksa bermandikan debu selain mengharungi jalan tidak sempurna lebih dua jam untuk sampai ke Kampung Rundum, Kemabong, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-opbantu-setiamembantu-keratan-akhbar-pilihan-op-bantu-pegawai-anggota-polis-harungi-cabaran-serah-bakul-makanan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:29 MYT
Tenom, 26 Ogos 2021 – Terpaksa bermandikan debu selain mengharungi jalan tidak sempurna lebih dua jam untuk sampai ke Kampung Rundum, Kemabong, di sini.

Itu antara cabaran pegawai dan anggota polis bagi menjayakan program Op Bantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 30 keluarga.

Demi tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat, cabaran itu tidak menjadi penghalang kepada pasukan polis untuk terus menjayakan program berkenaan.

Bagi Koperal Sabhi Julahi, ini pengalaman baharu walaupun sudah beberapa kali menyertai Op Bantu.

Dia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu berkata, mereka yang duduk di bahagian belakang pacuan empat roda 'makan habuk' sepanjang perjalanan ke lokasi.

"Kami sudah beberapa kali mengikuti program Op Bantu tetapi pengalaman kali ini sangat mencabar sehingga baju seragam kami dipenuhi habuk dan debu tanah.

"Namun, kami tetap menguatkan semangat berdepan cabaran yang ada di sepanjang perjalanan," katanya, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of one or more people, people standing, outdoors and text that says 'PENDUDUK kampung menerima SABHI Aten-Rhan Oleh Juwan Riduan am@hmetro.
 
 
ArticlePublished 26 Aug 2021 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM