Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Polis Patah Cubaan Dua Sindiket Seludup Minuman Keras Rokok Tak Bercukai Bernilai Rm23 7 Juta

Diterbitkan: 26 Aug 2021 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 26 Ogos 2021 - Polis menumpaskan dua sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok tidak bercukai membabitkan nilai rampasan RM23.7 juta selain menahan tiga lelaki yang berperanan sebagai transporter (penghantar) daIam Op Kontraban, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-polis-patah-cubaan-dua-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-tak-bercukai-bernilai-rm23-7-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:17 MYT
Kajang, 26 Ogos 2021 - Polis menumpaskan dua sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok tidak bercukai membabitkan nilai rampasan RM23.7 juta selain menahan tiga lelaki yang berperanan sebagai transporter (penghantar) daIam Op Kontraban, kelmarin.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih di Shah Alam dan Klang, Selangor, hasil risikan yang dijalankan sejak dua bulan lalu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, serbuan pertama jam 6 pagi menahan dua lelaki berusia 29 dan 35 tahun yang memandu dua lori kontena di Jalan Tamborin, Seksyen 33, Shah Alam.

"Hasil pemeriksaan menemui 87,150 karton rokok pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM7,784,900 dengan nilai cukai sebanyak RM12,282,290. Polis turut merampas kenderaan berkenaan dan telefon bimbit.

"Hasil tangkapan suspek itu yang mengaku pernah membawa kontena lain sebelum ini membolehkan polis mengesan satu lagi sindiket penyeludupan minuman keras lalu menyerbu sebuah premis di Kapar, Klang Utara pada jam 8.30 pagi.

"Dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan merampas 1,295 kotak arak tidak bercukai disembunyikan dalam sebuah kontena yang dianggarkan bernilai RM1,480,277 dengan nilai cukai sebanyak RM1,971,855.97," katanya di Batalion 4 PGA Semenyih di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of one or more people and people standing
ArtikelDiterbitkan 26 Aug 2021 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM