Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pga Rampas Hampir 15 Ribu Kg Ketum Dalam Op Benteng

Published: 03 Oct 2021 3.43 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salim berkata, rampasan daun ketum tersebut dianggarkan bernilai RM448,920 dan dilakukan dalam tempoh sebulan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pga-rampas-hampir-15-ribu-kg-ketum-dalam-op-benteng
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:50 MYT
Bukit Kayu Hitam, 3 Oktober 2021 - Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 14,964 kilogram (kg) daun ketum sepanjang Op Benteng COVID-19 Kawalan Keselamatan Sempadan Darat Malaysia / Thailand di Kedah dan Perlis bemula 1 September hingga Sabtu.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salim berkata, rampasan daun ketum tersebut dianggarkan bernilai RM448,920 dan dilakukan dalam tempoh sebulan.

Menurut beliau, biarpun kawalan ketat dilakukan oleh pihaknya dengan bantuan Skuadron Perisai 1, Kulim, Skuadron Perisai 3, Ulu Kinta bersama Batalion 2 dan Task Force Briged Utara namun aktiviti untuk menyeludup bahan larangan itu masih tinggi.

Sepanjang tempoh sebulan ini, Batalion 18 berjaya merekodkan 59 kes dan daripada jumlah itu, sebanyak 47 kes membabitkan aktiviti penyeludupan ketum.

"Mereka sentiasa berusaha untuk menyeludup ketum ke negara jiran, namun anggota penguat kuasa sentiasa bersiap sedia," katanya pada sidang akhbar di PGA Bukit Kayu Hitam, dekat sini pada Sabtu.

Sumber: Sinar Harian
ArticlePublished 03 Oct 2021 3.43 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM