Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Tahan 94 Individu Rampas Rm6 3 Juta Barangan Seludup

Published: 18 Oct 2021 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh penugasan itu, rampasan membabitkan barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM5.03 juta.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-op-benteng-pga-tahan-94-individu-rampas-rm6-3-juta-barangan-seludup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:39 MYT
Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Tahan 94 Individu Rampas Rm6 3 Juta Barangan Seludup
Home / Article / Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Tahan 94 Individu Rampas Rm6 3 Juta Barangan Seludup
Back to Library
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Op Benteng Pga Tahan 94 Individu Rampas Rm6 3 Juta Barangan Seludup

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh penugasan itu, rampasan membabitkan barangan kontraban seperti p...
Rantau Panjang, 18 Oktober 2021 - Lebih RM6.3 juta pelbagai barangan seludup dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan sejak mengambil alih penugasan Op Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 16 September sehingga Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh penugasan itu, rampasan membabitkan barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM5.03 juta.

"Rampasan melibatkan penyeludupan haiwan seperti lembu, rusa dan kambing berjumlah RM847,440 menjadi penyumbang kedua tertinggi kepada kejayaan itu.

Ia diikuti oleh barangan kawalan seperti tepung, minyak masak dan petrol berjumlah RM235,025," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, beliau memberitahu, rampasan membabitkan dadah, daun ketum, ubat batuk dan haiwan eksotik turut berjaya dilakukan Batalion 7 PGA Kuantan.

Menurut beliau, pasukan tersebut turut menahan seramai 94 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 18 Oct 2021 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM