Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Lebih Rm3 Juta Barang Seludup Dirampas

Diterbitkan: 30 Sep 2021 3.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pegawai Pemerintah Batalion 7, PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas Op Benteng COVID-19 pada 16 September lalu, pihaknya menahan 48 individu terlibat penyeludupan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-lebih-rm3-juta-barang-seludup-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:22 MYT
Rantau Panjang, 30 September 2021 - Batalion 7, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan merampas pelbagai barangan seludup termasuk kenderaan digunakan untuk kegiatan itu bernilai RM3.04 juta sepanjang tempoh dua minggu Op Benteng COVID-19 digerakkan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Pegawai Pemerintah Batalion 7, PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sejak mengambil alih tugas Op Benteng COVID-19 pada 16 September lalu, pihaknya menahan 48 individu terlibat penyeludupan.

"Kesemua individu ditahan ini merupakan warga tempatan dan Thailand selepas terlibat aktiviti penyeludupan,” katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Setol, di sini, semalam.

Menurutnya, seramai lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan sepanjang tempoh operasi itu.

Jelas beliau, sepanjang tempoh itu juga, kes berkait Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjadi penyumbang tertinggi kepada nilai rampasan iaitu berjumlah RM1.027 juta.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2021 3.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM