Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Artikel Pilihan Pati Dadah Aktiviti Kontraban Tumpuan Di Perairan Negara Timbalan Kpn

Published: 04 Oct 2021 9.17 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Batu Pahat, 4 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan lain akan terus mengukuhkan kawalan di sempadan perairan negara bagi memerangi tiga jenayah utama melalui Op Benteng COVID-19 yang sedang dilaksanakan kini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-artikel-pilihan-pati-dadah-aktiviti-kontraban-tumpuan-di-perairan-negara-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:30 MYT
Batu Pahat, 4 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pasukan keselamatan lain akan terus mengukuhkan kawalan di sempadan perairan negara bagi memerangi tiga jenayah utama melalui Op Benteng COVID-19 yang sedang dilaksanakan kini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, operasi yang dikendalikan Polis Gerakan Am (PGA) itu akan memfokuskan kepada jenayah pendatang asing tanpa izin (PATI), penyeludupan dadah serta aktiviti kontraban seperti rokok dan arak.

Menurut beliau, bermula Januari hingga September lalu, nilai rampasan bagi ketiga-tiga aktiviti jenayah di seluruh negara adalah sebanyak RM177,286,253.

“Dalam hal ini, bukan hanya nilai rampasan yang diberi perhatian, namun kita turut melakukan tangkapan dengan Johor sahaja melibatkan seramai 273 suspek telah ditangkap dalam tempoh itu.

“Berdasarkan statistik, ia melibatkan 107 warga tempatan dan 166 warga asing yang terlibat dengan tiga aktiviti jenayah tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Lawatan Kerja ke Markas Taktikal PGA, Sungai Koris, di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

ArticlePublished 04 Oct 2021 9.17 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM