Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tujuh Lagi Ditahan Disyaki Keluarkan Sijil Vaksinasi Covid 19 Tanpa Suntikan

Published: 18 Jan 2022 2.07 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, suspek terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di klinik terbabit, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tujuh-lagi-ditahan-disyaki-keluarkan-sijil-vaksinasi-covid-19-tanpa-suntikan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:08 MYT
Shah Alam, 18 Januari 2022 - Tujuh termasuk pemilik sebuah klinik swasta di Gombak, ditahan selepas disyaki mengeluarkan sijil vaksinasi COVID-19 kepada pelanggan tanpa melalui proses suntikan vaksin.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Arjunaidi Mohamed berkata, suspek terdiri empat lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan di klinik terbabit, Jumaat lalu.

"Kegiatan kumpulan ini yang membabitkan pemilik yang juga pengamal perubatan, pekerja dan 'runner' klinik dikesan menerusi pesanan ringkas di aplikasi WhatsApp yang tular dengan menawarkan khidmat pendaftaran vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera.

"Klinik ini juga mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan untuk melaksanakan suntikan vaksin COVID-19," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.

Dato' Arjunaidi berkata, klinik berkenaan dipercayai menyasar golongan antivaksin atau yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin dengan mengenakan bayaran RM500 bagi mendapatkan sijil digital MySejahtera tanpa perlu disuntik.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.

May be an image of 3 people and text that says 'Dari Muka 7 lagi ditahan disyaki keluarkan sijil vaksinasi COVID-19 tanpa suntikan 'Klinik juga mendap
ArticlePublished 18 Jan 2022 2.07 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM