
Article
Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Terima Kasih Syarikat Komark Mask Dan Kpdrm Atas Sumbangan 10 000 Pelitup Muka Kepada Warga Pdrm
Petaling Jaya, 6 Ogos 2021 - Komark Mask (M) Sdn. Bhd. (Komark) dengan kerjasama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menyumbang sebanyak 10,000...
Petaling Jaya, 6 Ogos 2021 - Komark Mask (M) Sdn. Bhd. (Komark) dengan kerjasama Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad (KPDRM) telah menyumbang sebanyak 10,000 kotak pelitup muka khas jenis ‘3 Ply’ kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi KomarkCorp Bhd., Tengku Ezuan Ismara kepada Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim di Bukit Aman, kelmarin.
Penyerahan sumbangan disaksikan oleh Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato' Sahabudin Abd Manan dan Pengerusi KPDRM, Dato’ Seri Ayub Yaakob.
KPDRM dalam satu kenyataan berkata, sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan terima kasih kepada PDRM yang begitu komited menjadi petugas barisan hadapan dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin ketika berdepan pandemik COVID-19.
Jelasnya, sebagai petugas barisan hadapan, anggota PDRM berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19 dan sebagai langkah penjagaan diri, pemakaian pelitup muka lebih 'hygienic' dan berkualiti amat diperlukan.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN