Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Rumah Bot Bantu Ppm Tingkat Kawalan Pkpd Di Kawasan Perkampungan Air

Diterbitkan: 06 Aug 2021 3.46 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kota Kinabalu, 6 Ogos 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah mengambil inisiatif membina rumah bot bagi memudahkan anggotanya mengawal perkampungan atas air di kawasan Perintah KawaIan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-rumah-bot-bantu-ppm-tingkat-kawalan-pkpd-di-kawasan-perkampungan-air
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:33 MYT
Kota Kinabalu, 6 Ogos 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah mengambil inisiatif membina rumah bot bagi memudahkan anggotanya mengawal perkampungan atas air di kawasan Perintah KawaIan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Tuan Ahmad Ariffin berkata, rumah bot yang dibina sendiri menggunakan bahan terpakai itu akan menjadi rumah bot pertama yang diguna pakai oleh PPM yang bertugas di kawasan PKPD.

Beliau berkata, idea menghasilkan rumah bot itu timbul hasil daripada perbincangan bersama pegawai PPM setelah melihat kelemahan yang berlaku semasa mengawal kawasan PKPD di perkampungan atas air di Semporna pada tahun lalu.

"Ini merupakan inisiatif PPM Wilayah 4 dan kita sudah melakukan kajian setelah beberapa kali melakukan penugasan di kawasan PKPD atas air. Kawalan PKPD di perairan dan daratan tidak sama.

"Jadi, kita tampil dengan idea menghasilkan rumah bot yang mempunyai dapur, tandas, air serta dilengkapi dengan kemudahan penjanaan solar untuk membekalkan tenaga elektrik bagi kemudahan anggota kita," katanya kepada Utusan Malaysia.

Tambah Tuan Ahmad, anggota PPM berdepan cabaran menjaga kawasan PKPD kerana bot yang digunakan tidak berbumbung dan menyukarkan mereka berteduh. Penggunaan bot ronda berbumbung pula tidak sesuai kerana laluan di perkampungan atas air agak sempit.

Justeru, PPM melakukan penambahbaikan demi keselesaan anggota yang bertugas di perkampungan atas air yang diletakkan di bawah PKPD.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
May be an image of text that says 'KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Sabah Rumah bot bantu Polis Marin tingkat kawalan PKPD anggotanya merupakan inisiati
 
 
ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2021 3.46 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM