Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Tahan 1 972 Individu Babit Kegiatan Maksiat Sejak Januari Tahun Ini

Diterbitkan: 06 Dec 2021 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Seramai 1,972 individu ditahan termasuk warga tempatan dan asing kerana terbabit dalam kegiatan maksiat antara Januari hingga Oktober lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-tahan-1-972-individu-babit-kegiatan-maksiat-sejak-januari-tahun-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:30 MYT
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 - Seramai 1,972 individu ditahan termasuk warga tempatan dan asing kerana terbabit dalam kegiatan maksiat antara Januari hingga Oktober lalu.

Ia hasil usaha polis menggiatkan pemantauan dan serbuan lebih kerap selepas aktiviti pelacuran kembali rancak beroperasi selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP fasa 4).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, aktiviti maksiat terbuka dikesan kembali ke jalanan selepas kerajaan melonggarkan sekatan pergerakan di bawah PKP fasa 4 yang bertujuan memberikan peluang aktiviti ekonomi berjalan semula.

"Bagi mengatasi isu pelacuran yang kembali aktif, Bahagian D7 sentiasa memantau aktiviti ini melalui pelbagai kaedah bagi mengekang penularannya.

Pada zaman kini, sindiket atau pelacur dikesan menggunkan medium iklan melalui media sosial untuk mengiklankan perkhidmatan,” katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN
 
ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2021 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM