Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mdn Sempurnakan Perasmian Perluasan Fungsi Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am

Diterbitkan: 06 Dec 2021 6.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyempurnakan Majlis Perasmian Perluasan Fungsi Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai balai polis di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), di sini pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mdn-sempurnakan-perasmian-perluasan-fungsi-pos-kawalan-pasukan-gerakan-am
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT
Kuala Lumpur, 6 Disember 2021 – Menteri Dalam Negeri (MDN), Dato’ Seri Hamzah Zainudin menyempurnakan Majlis Perasmian Perluasan Fungsi Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai balai polis di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), di sini pagi tadi.

Perluasan fungsi Pos Kawalan PGA di 11 pos melibatkan kontinjen Sabah dan Sarawak merupakan salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam agenda Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), pasca 100 hari pertama pentadbiran kerajaan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini kekal terpelihara.

Kehadiran beliau dalam majlis tersebut diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz dan disambut oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani bersama Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim.

Dalam majlis sama, Dato’ Seri Hamzah turut menyampaikan amanat AKM kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar terus mendokong usaha kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan rakyat, khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

“Transformasi penugasan PGA dipertingkatkan dalam menjalankan tugas rondaan di sempadan tanah air meliputi 11 pos kawalan melibatkan sembilan pos di Sabah dan dua pos di Sarawak bagi mewujudkan rasa selamat dan keselesaan kepada penduduk tempatan dengan kehadiran pihak berkuasa di kawasan tempat tinggal mereka", ujarnya.

Beliau berkata lagi, inisiatif ini menjadi contoh
terbaik kolaborasi dan integrasi antara jabatan di bawah KDN khususnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu bagi proses pendaftaran kelahiran dan kematian dengan kewujudan fungsi balai polis di pos kawalan yang terlibat.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPN, Dato’ Ruslin Jusoh, barisan Pengarah PDRM, barisan Pegawai Kanan PDRM dan barisan Pegawai KDN serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin dan Konstabel Muhammad Khairul Hilmi Zaini

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 9 people, people standing, indoor and text that says 'BIN ALAM NE'

May be an image of ‎3 people, people standing and ‎text that says '‎ل PELANCARAN KEMENLE ASPIRASI MAJLIS KELUARGA MALAYSIA 100 HARI MENTERI DALAM NE

May be an image of 2 people and text

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and text that says 'MAJLIS PELANCARAN ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 100 HARI MENTERI DALAM NEGERI: ASAN F IGSI PO

May be an image of 4 people and people standing
ArtikelDiterbitkan 06 Dec 2021 6.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM