Article
Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Jalankan Pemantauan Dan Pemeriksaan Di Rnr Pengarah Jabatan Kdnka
Petaling Jaya, 11 Oktober 2021 - Pemeriksaan akan dipertingkatkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia di seluruh lokasi tum...
Petaling Jaya, 11 Oktober 2021 - Pemeriksaan akan dipertingkatkan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia di seluruh lokasi tumpuan awam termasuk kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, sebaik sahaja sekatan jalan raya (SJR) ditutup, kekuatan pasukan pematuhan SOP akan ditambah selaras dengan penugasan berikutan perjalanan merentas negeri dibenarkan bermula hari ini.
Menurut beliau, pemeriksaan secara rawak akan dilakukan pasukan pematuhan dan sekiranya orang ramai yang dilihat tidak mematuhi SOP termasuk tidak lengkap vaksin boleh dikenakan kompaun.
"Setakat ini, kita akan tempatkan pasukan pemantau di setiap lokasi awam seperti pusat beli belah, kawasan riadah termasuk RnR.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, aliran trafik di lebuh raya seluruh negara dijangka meningkat ekoran pertambahan kenderaan untuk merentas negeri.
"Cuma, pihak kita berharap bagi pengguna jalan raya yang mahu memulakan perjalanan jauh dengan kenderaan sendiri melalui lebuh raya perlulah sentiasa berhati-hati dan jangan abaikan peraturan jalan raya serta patuhi had kelajuan yang ditetapkan," jelasnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN