Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Penularan Covid 19 Kompaun Jika Ke Langkawi Tak Guna Khidmat Agensi Pelancongan

Published: 23 Sep 2021 1.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 September 2021 - Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran, sekiranya ditahan ketika menuju ke Langkawi tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan yang ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-penularan-covid-19-kompaun-jika-ke-langkawi-tak-guna-khidmat-agensi-pelancongan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:38 MYT
Kuala Lumpur, 23 September 2021 - Polis akan mengeluarkan kompaun terhadap mana-mana pihak yang dikesan melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran, sekiranya ditahan ketika menuju ke Langkawi tanpa menggunakan khidmat agensi pelancongan yang ditetapkan.

Ini kerana kebenaran menggunakan perjalanan darat untuk aktiviti pelancongan ke Langkawi, perlu melalui khidmat agensi pelancongan ditetapkan merangkumi tempat penginapan, lokasi tumpuan dan aktiviti perjalanan sepanjang berada di pulau berkenaan.

Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, peringatan itu bagi mengelakkan orang ramai terkilan jika diarahkan berpatah balik ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) ketika dalam perjalanan ke jeti di Kuala Kedah atau Kuala Perlis untuk ke Langkawi.

Beliau berkata, tujuan utama khidmat pelancongan digunakan adalah untuk mengelakkan orang ramai mengambil kesempatan menuju ke lokasi lain ketika dalam perjalanan ke jeti di Kuala Kedah dan Kuala Perlis, sekiranya mereka datang dari Lembah Klang, Pantai Timur dan selatan tanah air.

"Masih ada pihak yang tidak memahami syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) melalui gelembung pelancongan untuk bercuti ke Langkawi dan saya ingin mengingatkan bahawa setiap pergerakan melalui jalan darat ke Langkawi, perlu menggunakan khidmat agensi pelancongan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
 
 
ArticlePublished 23 Sep 2021 1.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM