Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pembukaan Pintu Sempadan Negara Ditentukan Selepas Negara Beralih Ke Fasa Endemik

Diterbitkan: 01 Oct 2021 4.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bukit Kayu Hitam, 1 Oktober 2021 - Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pembukaan-pintu-sempadan-negara-ditentukan-selepas-negara-beralih-ke-fasa-endemik
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Bukit Kayu Hitam, 1 Oktober 2021 - Pembukaan pintu sempadan negara bagi membenarkan kemasukan pelancong asing ke negara ini hanya akan ditentukan selepas negara beralih ke fasa endemik COVID-19.

Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin berkata, pada masa ini negara masih berada dalam fasa pandemik wabak itu dan kesediaan untuk peralihan ke fasa endemik akan ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Apabila kita telah bersedia, KKM akan mengumumkan, sekarang ini masih dalam isu fasa pandemik, kalau kita sudah bersedia boleh masuk ke fasa endemik.

“Sebenarnya, (agensi penguatkuasaan yang mengawal pintu masuk sempadan) Jabatan Imigresen Malaysia sudah bersedia, Pasukan Gerakan Am (PGA) sudah bersedia, kami sudah bersedia (untuk pintu sempadan negara dibuka),” katanya.

Dato' Seri Hamzah berkata, kebenaran rentas pintu sempadan negara oleh rakyat negara ini atau warga asing itu juga nanti akan tertakluk kepada prosedur operasi standard yang akan ditentukan kemudian.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.


May be an image of one or more people and text
ArtikelDiterbitkan 01 Oct 2021 4.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM