Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Kemalangan Meningkat Sejak Rentas Negeri Dibenarkan

Published: 22 Oct 2021 3.44 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 22 Oktober 2021 - Kebenaran rentas negeri sejak 11 Oktober lalu melonjakkan kes kemalangan jalan raya selepas ratusan ribu melakukan perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi percutian.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-kemalangan-meningkat-sejak-rentas-negeri-dibenarkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
Petaling Jaya, 22 Oktober 2021 - Kebenaran rentas negeri sejak 11 Oktober lalu melonjakkan kes kemalangan jalan raya selepas ratusan ribu melakukan perjalanan pulang ke kampung atau ke destinasi percutian.

Sepanjang tempoh dari 11 hingga 17 Oktober lalu, kes kemalangan meningkat sebanyak 17.4 peratus dengan 11.3 peratus kemalangan membabitkan kecederaan parah manakala 6.1 peratus lagi kemalangan maut.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, sebanyak 193 kemalangan maut dan parah direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh seminggu itu.

"Bagi kemalangan ringan pula, terdapat penurunan sebanyak 4.4 peratus dalam tempoh sama apabila sebanyak 454 kes kemalangan direkodkan berbanding 475 kes dicatatkan sebelum rentas negeri dibenarkan.

"Dalam tempoh sama, sebanyak 112 kematian dicatatkan berbanding 104 kes sebelum itu," katanya di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Online seperti di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text

May be an image of text
ArticlePublished 22 Oct 2021 3.44 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM