Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Helah Rumah Mewah Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Untung Puluhan Juta Ringgit Sebulan Sepanjang Pkp

Published: 18 Aug 2021 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 - Walaupun negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sindiket perjudian dalam talian (judi online) tetap berupaya meraih keuntungan puluhan juta ringgit sebulan melalui kegiatan jenayah dilakukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-helah-rumah-mewah-sindiket-judi-dalam-talian-kaut-untung-puluhan-juta-ringgit-sebulan-sepanjang-pkp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:54 MYT
Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Helah Rumah Mewah Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Untung Puluhan Juta Ringgit Sebulan Sepanjang Pkp
Home / Article / Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Helah Rumah Mewah Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Untung Puluhan Juta Ringgit Sebulan Sepanjang Pkp
Back to Library
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Helah Rumah Mewah Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Untung Puluhan Juta Ringgit Sebulan Sepanjang Pkp

Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 - Walaupun negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sindiket perjudian dalam talian (judi online) tetap berupaya...
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 - Walaupun negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sindiket perjudian dalam talian (judi online) tetap berupaya meraih keuntungan puluhan juta ringgit sebulan melalui kegiatan jenayah dilakukan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, pelbagai cabaran dan halangan dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan perjudian dalam talian membabitkan pusat panggilan rahsia.

Menurutnya, sindiket berkenaan dikesan kerap menjalankan kegiatan jenayah di kediaman mewah seperti banglo dan kondominium disewa khas sebagai markas operasi.

"Biasanya kawasan kediaman ini dikawal pengawal keselamatan, dilengkapi sistem keselamatan yang tinggi selain sukar dijejaki pihak berkuasa.

"Di samping itu sindiket juga menjalankan penyamaran melalui media sosial dengan menggunakan profil palsu bagi berurusan dengan pelanggan. Ini juga memudahkan proses pelanggan membayar pertaruhan perjudian atas talian.

Ikuti kupasan lanjut pembongkaran modus operandi judi dalam talian oleh Pengarah JSJ Bukit Aman menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'HELAH RUMAH MEWAH Sindiket judi dalam talian kaut untung puluhan juta ringgit sebulan sepanjang PKP SINDIKET mhafis@hmet
ArticlePublished 18 Aug 2021 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM