
Artikel
Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Helah Rumah Mewah Sindiket Judi Dalam Talian Kaut Untung Puluhan Juta Ringgit Sebulan Sepanjang Pkp
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 - Walaupun negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sindiket perjudian dalam talian (judi online) tetap berupaya...
Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 - Walaupun negara masih dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sindiket perjudian dalam talian (judi online) tetap berupaya meraih keuntungan puluhan juta ringgit sebulan melalui kegiatan jenayah dilakukan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, pelbagai cabaran dan halangan dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membanteras kegiatan perjudian dalam talian membabitkan pusat panggilan rahsia.
Menurutnya, sindiket berkenaan dikesan kerap menjalankan kegiatan jenayah di kediaman mewah seperti banglo dan kondominium disewa khas sebagai markas operasi.
"Biasanya kawasan kediaman ini dikawal pengawal keselamatan, dilengkapi sistem keselamatan yang tinggi selain sukar dijejaki pihak berkuasa.
"Di samping itu sindiket juga menjalankan penyamaran melalui media sosial dengan menggunakan profil palsu bagi berurusan dengan pelanggan. Ini juga memudahkan proses pelanggan membayar pertaruhan perjudian atas talian.
Ikuti kupasan lanjut pembongkaran modus operandi judi dalam talian oleh Pengarah JSJ Bukit Aman menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN