Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Empat Juta Kenderaan Penuhi Lebuh Raya Hari Ini Pengarah Jspt

Diterbitkan: 16 Oct 2021 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 16 Oktober 2021 - Sebanyak empat juta kenderaan dijangka memenuhi lebuh raya bagi melakukan perjalanan rentas negeri selepas diberi kebenaran oleh kerajaan untuk berbuat demikian sejak Isnin lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-empat-juta-kenderaan-penuhi-lebuh-raya-hari-ini-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:12 MYT
Petaling Jaya, 16 Oktober 2021 - Sebanyak empat juta kenderaan dijangka memenuhi lebuh raya bagi melakukan perjalanan rentas negeri selepas diberi kebenaran oleh kerajaan untuk berbuat demikian sejak Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, setakat 13 Oktober lalu jumlah keseluruhan trafik yang dicatatkan di semua lebuh raya adalah sebanyak 3.8 juta kenderaan sehari.

"Tinjauan jumlah trafik di plaza tol lebuh raya utama pula mendapati jumlah kenderaan telah mula menunjukkan peningkatan bermula 13 Oktober lalu berbanding pada 6 Oktober iaitu sebelum rentas negeri dibenarkan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, semakan yang dilakukan bersama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik di semua lebuh raya seluruh negara akan terus menunjukkan trend peningkatan yang disasarkan akan mencapai empat juta kenderaan sehari.

"LLM dan syarikat pengendali lebuh raya akan sentiasa memantau status pergerakan trafik dan memastikan pengguna mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berada di fasiliti atau kemudahan yang disediakan dengan kerjasama pihak JSPT.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of road and text that says 'EMPAT JUTA KENDERAAN PENUHI LEBUH RAYA HARI INI POLIS Diraja Malaysia empat uta kenderaan ramai bersambung deng
ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2021 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM