Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Dua Jabatan Pdrm Diarah Siasat Sindiket Sijil Palsu Vaksin Covid 19

Published: 13 Jan 2022 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 - Dua Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan untuk menyiasat dan membongkar kegiatan sindiket penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 di seluruh negara, termasuk dalam kalangan pengamal perubatan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-dua-jabatan-pdrm-diarah-siasat-sindiket-sijil-palsu-vaksin-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT
Kuala Lumpur, 13 Januari 2022 - Dua Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diarahkan untuk menyiasat dan membongkar kegiatan sindiket penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 di seluruh negara, termasuk dalam kalangan pengamal perubatan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah diarahkan untuk melakukan risikan bagi mengesan pihak yang terbabit dalam kegiatan itu.

"Saya telah mengarahkan ketua-ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kontinjen negeri melalui Pengarah JSJ, CP Dato’ Sri Abd. Jalil Hassan dan Pengarah JSJK, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din untuk menjalankan risikan.

"Risikan berkenaan adalah untuk mengesan sama ada terdapat lagi perkara sama (kes penjualan sijil vaksinasi palsu) berlaku di tempat-tempat lain," katanya.

Tan Sri Acryl Sani berkata, PDRM memandang serius kegiatan menjual sijil palsu vaksinasi COVID-19 kerana ia boleh menjejaskan imej negara, keselamatan dan kesihatan rakyat jika tidak dihalang segera.

Bacaan lanjut berkenaan usaha yang dijalankan oleh PDRM bagi membenteras kegiatan sindiket penjualan sijil palsu vaksinasi COVID-19 di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'Affendy Razali Dua jabatan PDRM diarah siasat sindiket sijil palsu vaksin COVID-19 Risikan berkenaan adalah
ArticlePublished 13 Jan 2022 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM