Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Catat 39 Kematian Babit Warga Pdrm Dan Keluarga Sejak 18 Mac Tahun Lalu

Diterbitkan: 04 Aug 2021 1.04 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass berkata, bagi tempoh sama juga seramai 6,007 anggota PDRM didapati positif COVID-19.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-catat-39-kematian-babit-warga-pdrm-dan-keluarga-sejak-18-mac-tahun-lalu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:28 MYT
Kuala Lumpur, 4 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 39 kematian membabitkan warga pasukan beruniform itu dan ahli keluarga akibat COVID-19 sejak 18 Mac tahun lalu sehingga semalam.

Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass berkata, bagi tempoh sama juga seramai 6,007 anggota PDRM didapati positif COVID-19.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 833 kes membabitkan Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis (2,935 kes), Pegawai Awam (294 kes) dan ahli keluarga (1,945 kes).
Katanya, sehingga kini seramai 495 warga PDRM dan ahli keluarga mereka masih positif COVID-19.

"Bagi kes kematian (sejak Mac tahun lalu) pula, 39 kematian direkodkan membabitkan seorang pegawai kanan polis, 10 kematian pegawai rendah polis, satu kematian bagi pegawai awam dan 27 kematian lagi dalam kalangan ahli keluarga.

"Sejak bermulanya penularan COVID-19 dalam negara, semua warga PDRM dimestikan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ketika melaksanakan tugas harian seperti Sekatan Jalan Raya (SJR), tangkapan, serbuan dan tugas Kaunter Enkuiri Polis," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2021 1.04 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM