Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Op Kontraban Polis Johor Rampas Arak Tiruan Rm3 01 Juta

Diterbitkan: 04 Aug 2021 3.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan itu turut membawa kepada penahanan enam lelaki, termasuk empat warga Myanmar disyaki terbabit dalam penyeludupan arak tiruan dan tidak bercukai.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-op-kontraban-polis-johor-rampas-arak-tiruan-rm3-01-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:22 MYT
Johor Bahru, 4 Ogos 2021 - Polis menyerbu tempat pemprosesan arak tiruan membabitkan jumlah rampasan arak dan cukai bernilai RM3.01 juta di sebuah kediaman di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Johor, CP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, serbuan itu turut membawa kepada penahanan enam lelaki, termasuk empat warga Myanmar disyaki terbabit dalam penyeludupan arak tiruan dan tidak bercukai.

Katanya, bertindak atas maklumat Op Kontraban, sepasukan polis daripada Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara melakukan serbuan pada jam 8.10 pagi.

"Semua yang ditahan berusia antara 27 hingga 41 tahun itu dipercayai pekerja bawahan dalam premis berkenaan.

"Hasil siasatan awal, kegiatan ini beroperasi sejak lima bulan lalu, selain ia bagi pasaran tempatan.

"Pemeriksaan mendapati arak tiruan pelbagai jenama yang dihasilkan itu menggunakan pelekat kastam disyaki palsu yang dibuat sendiri," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of text that says 'Polis Johor rampas arak tiruan RM3.01 juta empat warga Myanmar dalam penyelu- Empat warga Myanmar antara enam ditahan da
ArtikelDiterbitkan 04 Aug 2021 3.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM