Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 17 Kompaun Dikeluarkan Kerana Langgar Sop

Published: 22 Sep 2021 1.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 22 September 2021 - Polis Kelantan mengeluarkan 17 kompaun membabitkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula 9 September lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-17-kompaun-dikeluarkan-kerana-langgar-sop
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Kota Bharu, 22 September 2021 - Polis Kelantan mengeluarkan 17 kompaun membabitkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula 9 September lalu.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat berkata, daripada jumlah itu tujuh kompaun kerana kesalahan berhibur di pusat karaoke manakala tiga kompaun kerana makan di restoran ketika belum cukup tempoh 14 hari vaksinasi dan rentas negeri tanpa kebenaran.

"Kesalahan lain ialah ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta satu kesalahan penganjuran pertandingan burung candik," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Ujar Dato’ Shafien, hasil pemantauan SOP terhadap pelancong domestik yang merentas daerah untuk beriadah dalam negeri pula memuaskan kerana mereka lengkap dua dos vaksinasi COVID-19.

Sumber: Sinar Harian


No photo description available.
ArticlePublished 22 Sep 2021 1.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM