Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 1 742 Kompaun Sejak Rentas Negeri Dibenarkan

Published: 21 Oct 2021 3.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Dalam tempoh sama, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan kepada individu yang belum divaksin tetapi 'cuba-cuba' rentas negeri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-1-742-kompaun-sejak-rentas-negeri-dibenarkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:50 MYT
Petaling Jaya, 21 Oktober 2021 - Sejumlah 1,742 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh seminggu sejak rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.

Dalam tempoh sama, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan kepada individu yang belum divaksin tetapi 'cuba-cuba' rentas negeri.

Tindakan itu sekali gus menunjukkan terdapat segelintir individu mengambil kesempatan untuk melakukan pergerakan rentas negeri meskipun tanpa lengkap dos vaksin.

Mengakui perkara itu, SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA), SAC Tuan M.V. Srikumar M.Nair, memberitahu Utusan Malaysia, masyarakat diingatkan agar tidak mengambil kesempatan atas kebenaran yang diberikan kerajaan.

Menurut beliau, penguatkuasaan SOP oleh PDRM akan terus digerakkan dari semasa ke semasa dan tindakan kompaun serta-merta akan dikeluarkan kepada individu yang melanggarnya.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of text that says '1,742 kompaun sejak rentas negeri dibenarkan PETALING JAYA: Sejum- Polis individu individu tanpa lengkap (SAC) diberikan


ArticlePublished 21 Oct 2021 3.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM