Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Sijil Vaksin Palsu Polis Pantau Di Seluruh Negara Kpn

Published: 12 Jan 2022 7.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan risikan dan pemantauan secara menyeluruh bagi mengesan pihak lain yang dipercayai melakukan penjualan sijil vaksin COVID-19 palsu di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-sijil-vaksin-palsu-polis-pantau-di-seluruh-negara-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:20 MYT
Kuala Lumpur, 12 Januari 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan risikan dan pemantauan secara menyeluruh bagi mengesan pihak lain yang dipercayai melakukan penjualan sijil vaksin COVID-19 palsu di seluruh negara.

Tidak menolak kemungkinan wujud sindiket penjualan itu, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani mengarahkan semua kontinjen negeri menjalankan siasatan.

"Setakat ini siasatan di Terengganu mengesan sindiket yang mana diusahakan oleh satu individu, tapi kita tak pasti terdapat lagi perkara sama berlaku di negeri lain.

"Justeru saya mengarahkan semua Jabatan Siasatan Jenayah melalui Pengarahnya, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, CP Dato’ Mohd Kamarudin Md Din untuk menjalankan risikan serta mengesan sama ada berlaku di tempat lain," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../sijil-vaksin-palsu-polis...

Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 12 Jan 2022 7.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM