Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Permohonan Rentas Negeri Pasangan Jarak Jauh Dijangka Meningkat Pengarah Kdnka

Published: 11 Aug 2021 1.20 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan berlaku peningkatan di seluruh negara bagi permohonan merentas negeri pasangan jarak jauh susulan kelonggaran diberikan kerajaan baru-baru ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-permohonan-rentas-negeri-pasangan-jarak-jauh-dijangka-meningkat-pengarah-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:17 MYT
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan berlaku peningkatan di seluruh negara bagi permohonan merentas negeri pasangan jarak jauh susulan kelonggaran diberikan kerajaan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, susulan itu, pihaknya akan mempertingkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekatan jalan raya (SJR).

Beliau berkata mereka terbabit dinasihatkan untuk memohon kebenaran merentas negeri daripada PDRM bagi mengelakkan sebarang kesulitan di SJR.

"Kelonggaran baru bermula (susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Haji Mohd. Yassin berhubung kelonggaran SOP bagi penerima dua dos vaksin) dan dijangka (permohonan) akan bertambah bagi kategori ini," katanya.

“Saya telah mengaturkan pasukan saya (pasukan pematuhan SOP PDRM) dan agensi penguatkuasaan lain seperti Jabatan Sukarelawan dan Angkatan Pertahanan Awam untuk memantau semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini supaya SOP dipatuhi.

“Selain itu, sebanyak 951 pegawai dan anggota polis ditugaskan di stesen-stesen kuarantin COVID-19 di seluruh negara,” katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1991615

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 11 Aug 2021 1.20 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM