Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Penghantar Makanan Lega Terima Suntikan Vaksin Di Ppv Klinik Briged Utara Pga Ulu Kinta

Published: 17 Aug 2021 8.00 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Ipoh, 17 Ogos 2021 - "Saya bersyukur, akhirnya dapat divaksin kerana sudah lama menunggu giliran, tambahan pula isteri saya sedang sarat mengandung," kata pekerja penghantar makanan, Ahmad Shahidan Abdul Rahman, 34.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-penghantar-makanan-lega-terima-suntikan-vaksin-di-ppv-klinik-briged-utara-pga-ulu-kinta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:38 MYT
Ipoh, 17 Ogos 2021 - "Saya bersyukur, akhirnya dapat divaksin kerana sudah lama menunggu giliran, tambahan pula isteri saya sedang sarat mengandung," kata pekerja penghantar makanan, Ahmad Shahidan Abdul Rahman, 34.

Dia yang ditemui di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini merupakan antara 59 penghantar makanan Food Panda yang ditawarkan menerima vaksin pada Isnin.

Pemberian vaksin itu adalah di bawah Program Vaksinasi Rider Food Panda kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama PGA Ulu Kinta.

Turut hadir, Timbalan Komander Briged Utara PGA, ACP Tuan Mohd Noh Khamis, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin dan Ahli Majlis MBI, Datuk Mazlan Abd Rahman.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.sinarharian.com.my/.../Abang-Panda-syukur...

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 17 Aug 2021 8.00 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM