
Article
Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Pembukaan Sempadan Negara Polis Sentiasa Pantau Pematuhan Sop
Melaka, 1 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa melakukan pemantauan dan kawalan di semua pintu masuk serta kawasan tumpuan, susulan pembukaa...
Melaka, 1 April 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan sentiasa melakukan pemantauan dan kawalan di semua pintu masuk serta kawasan tumpuan, susulan pembukaan semula sempadan negara bermula hari ini, bagi memastikan pengunjung dan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail berkata, walaupun beberapa SOP telah dilonggarkan, pemakaian pelitup muka masih dikuatkuasakan dan pihaknya sentiasa bersiap sedia mengikut arahan terbaharu kerajaan.
"Dalam tempoh dua tahun masyarakat kita sudah pun matang dan belajar daripada pengalaman berdepan dengan pandemik ini, justeru polis berharap orang ramai mengambil berat serta bertanggungjawab dalam memastikan penularan COVID-19 ini terkawal.
"Kita juga akan memantau tempat-tempat yang perlu dikawal bagi aktiviti-aktiviti yang masih tidak dibenarkan seperti pusat hiburan dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Dato' Aidi berkata polis juga komited untuk memperhebat pemantauan bagi memastikan kadar jenayah terus berkurangan di bawah Fasa Peralihan ke Endemik dengan meningkatkan kehadiran polis di kawasan panas dan kawasan perumahan.
Sumber: BERNAMA
#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN