Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Pdrm Sedia Hadapi Norma Baharu Prn Melaka

Diterbitkan: 18 Oct 2021 7.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
“Polis sememangnya bersiap siaga dalam hal ini yang mana sekiranya SPR umumkan untuk adakan PRN, PDRM akan membantu sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-pdrm-sedia-hadapi-norma-baharu-prn-melaka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Malim, 18 Oktober 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam suasana norma baharu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, semua anggota akan digerakkan sejurus pengumuman rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Polis sememangnya bersiap siaga dalam hal ini yang mana sekiranya SPR umumkan untuk adakan PRN, PDRM akan membantu sepenuhnya dengan SOP yang telah ditetapkan.

“Kalau Majlis Keselamatan Negara (MKN) kata ada SOP tertentu, kita sedia laksanakannya dan buat masa ini pasukan pematuhan di Melaka juga ada sebanyak 280 pasukan,” katanya.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Mazlan berkata, pihaknya juga sedang mengkaji keperluan untuk mendapatkan bantuan pegawai dan anggota dari negeri lain bagi membantu kontinjen Melaka menghadapi PRN.

“Kita akan tengok pada keadaan dan jika diperlukan tambah (anggota), tidak ada masalahnya jika keadaan memerlukan.

“Pasukan pemantauan juga begitu, jika perlu ditambah mengikut situasi PRN, ianya akan ditambah memandangkan pasukan polis sentiasa bersiap siaga” ujarnya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../pdrm-sedia-hadapi-norma...
Sumber: Astro Awani
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

PDRM sedia hadapi norma baharu PRN Melaka
ArtikelDiterbitkan 18 Oct 2021 7.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM