Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Dapatkan Surat Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri

Published: 10 Aug 2021 8.39 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Hal itu sama dengan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing yang turut berkuat kuasa hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-dapatkan-surat-kebenaran-polis-untuk-rentas-negeri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:35 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2021 - Ibu bapa lengkap dua dos vaksin COVID-19 mahu merentas daerah atau negeri bertemu anak bawah umur 18 tahun yang dibenarkan mulai hari ini, digalakkan mendapat surat kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum melakukan perjalanan.

Hal itu sama dengan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin COVID-19 dibenarkan untuk rentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing yang turut berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, walaupun pada peringkat ini tiada termaktub mereka perlu mendapatkan surat kebenaran PDRM, dinasihatkan mereka untuk mendapatkan surat kebenaran itu.

"Ia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, mereka (ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin) hanya perlu mematuhi SOP dan kriteria ditetapkan.

"Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM bagi melancarkan perjalanan masing-masing. Sebaik-baiknya dapatkan surat kebenaran PDRM itu dan bawalah dokumen yang berkaitan," katanya kepada BH, hari ini.

Jelas beliau, keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran PDRM itu bagi mengelak ibu bapa dan pasangan jarak jauh itu berhadapan kesulitan sekiranya tujuan perjalanan mereka dipersoalkan pihak berkuasa atau pasukan keselamatan lain selain PDRM.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../dapatkan-surat-kebenaran...
ArticlePublished 10 Aug 2021 8.39 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM