
Article
Ppn Covid 19 Artikel Pilihan 90 Peratus Warga Pdrm Lengkap Dua Dos Vaksin
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Sebanyak 90 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara telah menerima lengkap dua dos vaksin setakat ini.
Kota Kinabalu, 2 September 2021 - Sebanyak 90 peratus warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara telah menerima lengkap dua dos vaksin setakat ini.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, dalam tempoh dua minggu ini pemberian vaksin kepada semua warga PDRM akan lengkap sepenuhnya.
Mengikut data terkini pada 1 September, katanya, hampir 90.1 peratus warga PDRM telah menerima vaksin yang lengkap dos satu dan dua di seluruh negara.
Boleh katakan 90 peratus (telah terima vaksin), jadi masih ada lagi berbaki antara 10 peratus yang masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap, bermaksud mereka telah pun menerima vaksin yang pertama dan belum lengkap lagi.
"Jadi saya percaya dalam seminggu dua ini pemberian vaksin itu akan lengkap kepada semua warga PDRM," katanya pada sidang akhbar pada majlis serah terima tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini pada Khamis.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN