Artikel
Ppn Covid 19 Video Pilihan Padah Sebar Berita Palsu
Melaka Tengah, 2 September 2021 - Padah menyebarkan berita palsu berkaitan kematian satu keluarga akibat COVID-19, seorang peniaga kuih didenda RM5,000 oleh Ma...
Melaka Tengah, 2 September 2021 - Padah menyebarkan berita palsu berkaitan kematian satu keluarga akibat COVID-19, seorang peniaga kuih didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, tadi.
Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Affendi Kamal Haminuddin, 39, selepas dia membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan laman sosial Facebook dikendalikan olehnya dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.
Tertuduh menyebarkan berita tidak benar 'Kuarantin dekat rumah sebab tiada simptom, satu keluarga. Sepatutnya pergi temujanji dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk ujian saringan tapi mereka sekeluarga tidak hadirkan diri. Bila KKM datang ke rumah semua dah mati dalam rumah'.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh di Kampung Panchor, Durian Tunggal, kira-kira jam 9 pagi pada 26 Mei lalu.
Justeru, tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu)(No.2) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

