Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan 8 Ingkar Sop Sekatan Pergerakan Dikompaun

Diterbitkan: 11 Sep 2021 9.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 September 2021 - Sebanyak lapan daripada 210 kompaun dikeluarkan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan di seluruh negara, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-8-ingkar-sop-sekatan-pergerakan-dikompaun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT
Kuala Lumpur, 11 September 2021 - Sebanyak lapan daripada 210 kompaun dikeluarkan kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan di seluruh negara, semalam.

SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA), SAC Tuan M.V. Srikumar M.Nair, berkata berdasarkan rekod yang diperoleh kelmarin polis mengeluarkan 218 kompaun dengan 15 daripadanya gagal mematuhi sekatan.

"Persediaan polis adalah pada tahap optimum. Kita bekerjasama dengan semua agensi berkaitan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

"Kita akan memastikan SOP dipatuhi orang awam dan operasi pemantauan akan sentiasa dijalankan bagi mengesan mereka yang gagal berbuat demikian," katanya kepada BH hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Lembah Klang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan berkata, keputusan peralihan ke fasa dua itu membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

ArtikelDiterbitkan 11 Sep 2021 9.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM