Siapa sangka di sebalik ketegasan ada kelembutannya. Inilah sifat yang ditunjukkan oleh Inspektor Saravanan Gunasekaran bersama rakan setugas Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin yang menghulurkan sedikit sumbangan kepada seorang lelaki yang sedang membawa barangan terpakai sewaktu mereka menjalankan tugas pemantauan di sekitar kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, di sini, semalam.
Syabas Inspektor Saravanan Gunasekaran dan Sarjan Asrul Shafawi Jamaluddin serta warga IPD Kerian, Perak dalam menyantuni masyarakat setempat. Semoga ia menjadi teladan dan inspirasi buat semua.
Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada!
