Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Wilayah Satu Tahan Dua Warga Indonesia Tinggal Lebih Tempoh

Published: 13 Jan 2015 2.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pelabuhan Klang, 13 Jan – Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam Operasi Tango Papa yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di Laut Kapar, di sini, lewat petang semalam selepas didapati tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-wilayah-satu-tahan-dua-warga-indonesia-tinggal-lebih-tempoh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT

Pelabuhan Klang, 13 Jan – Dua lelaki warga Indonesia ditahan dalam Operasi Tango Papa yang dijalankan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di Laut Kapar, di sini, lewat petang semalam selepas didapati tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang ditetapkan.

“Ketika pemeriksaan dibuat oleh empat anggota ke atas sebuah sampan nelayan yang sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan, didapati pas lawatan yang dimiliki oleh kedua-dua lelaki tersebut telah tamat tempoh,” ujar Komander PPM Wilayah Satu ACP Mohd Yusof Abdullah.

Kedua-dua suspek yang berusia 38 dan 40 tahun itu kemudiannya dibawa ke Markas Operasi Pelabuhan Klang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Ppm Wilayah Satu Tahan Dua Warga Indonesia Tinggal Lebih Tempoh
ArticlePublished 13 Jan 2015 2.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM