Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Wilayah Lima Tahan Lapan Individu Dalam Dua Operasi Berasingan

Diterbitkan: 23 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya menahan lapan lelaki bersama barang rampasan bernilai lebih RM5 juta dalam dua operasi berasingan yang dijalankan, di sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-wilayah-lima-tahan-lapan-individu-dalam-dua-operasi-berasingan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:13 MYT

Sibu, 23 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima berjaya menahan lapan lelaki bersama barang rampasan bernilai lebih RM5 juta dalam dua operasi berasingan yang dijalankan, di sini, petang semalam.

Operasi pertama di tebing sungai berhampiran Jambatan Batang Igan berjaya menahan tiga lelaki tempatan bersama dua buah lori tangki dan sebuah kapal minyak selepas mereka gagal menunjukkan lesen membeli dan menjual minyak diesel yang sah.

"Jumlah rampasan termasuk sejumlah 130,000 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM1.94 juta," terang Komander PPM Wilayah Lima ACP Kalai Chelvan Nadarajan.

"Kes disiasat di bawah Akta Bekalan 1961 dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan lanjut, tambah beliau lagi.

"Dalam operasi kedua di perairan Sungai Bukit Aup, dua lelaki warga tempatam ditahan bersama barang rampasan bernilai RM4.52 juta kerana didapati bersalah menjalankan operasi penggorekan pasir tanpa permit yang sah.

"Antara yang dirampas adalah sebuah bot tunda, sebuah barge, dua buah kren dan muatan pasir," jelas beliau.

Kes berkenaan disiasat di bawah Kanun Tanah Negeri dan diserahkan kepada Jabatan Tanah dan Survei Sibu untuk tindakan lanjut.

Turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga warganegara India yang gagal melakukan kerja seperti yang ditetapkan pada permit kerja mereka.

Pihak polis turut merampas tiga buah pasport milik ketiga-tiga individu itu bagi siasatan di bawah Akta Imigresen dan mereka dibawa ke Balai Polis Sg. Merah untuk tindakan lanjut.

Menurut Kalai lagi, PPM Wilayah Lima sentiasa berusaha meningkatkat prestasi dan nama baik serta imej pasukan itu dengan melakuka tangkapan dan rampasan bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di perairan kawasan di bawah tanggungjawab mereka.
Ppm Wilayah Lima Tahan Lapan Individu Dalam Dua Operasi Berasingan
Ppm Wilayah Lima Tahan Lapan Individu Dalam Dua Operasi Berasingan

ArtikelDiterbitkan 23 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM