Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Wilayah 4 Tahan Tiga Individu Dalam Operasi Di Tanjung Manimpa

Published: 16 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Menurut komandernya ACP Mohamad Madun, lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu didapati menjalankan aktiviti mengebom ikan selepas pemeriksaan lanjut menemui peralatan yang digunakan bagi tujuan tersebut.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-wilayah-4-tahan-tiga-individu-dalam-operasi-di-tanjung-manimpa
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:27 MYT

Semporna, 16 Sept - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya menahan seorang lelaki bersama lapan kilogram ikan pelbagai jenis dalam satu operasi di kawasan laut Tanjung Manimpa, di sini, petang semalam.

Menurut komandernya ACP Mohamad Madun, lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu didapati menjalankan aktiviti mengebom ikan selepas pemeriksaan lanjut menemui peralatan yang digunakan bagi tujuan tersebut.

"Selain lapan kilogram ikan pelbagai jenis, pihak polis turut merampas sebuah bot, seunit enjin, segulung hos, seunit kompressor, empat unit daternator dan sepasang fin.

"Keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM2,700 dan kes disiasat di bawah Akta Letupan 1957," jelas beliau lagi.

Tidak jauh dari lokasi operasi tersebut, PPM Wilayah 4 berjaya menahan dua lagi individu yang dipercayai menyeludup masuk rokok dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Hasil pemeriksaan, 14 bungkusan plastik berisi rokok pelbagai jenama dijumpai di dalam ruang bot yang dinaiki oleh kedua-dua suspek," terang Mohamad.

"Kesemua bungkusan tersebut dirampas bersama sebuah bot dan dua unit enjin dengan jumlah rampasan dianggarkan berjumlah RM72,049.00," tambah beliau lagi.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Ppm Wilayah 4 Tahan Tiga Individu Dalam Operasi Di Tanjung Manimpa
Ppm Wilayah 4 Tahan Tiga Individu Dalam Operasi Di Tanjung Manimpa

ArticlePublished 16 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM