Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Wilayah 1 Bantu Kesan Lima Lagi Rangka Motosikal Curi

Published: 03 Nov 2014 12.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seberang Prai, 3 Nov - Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya mengesan lima rangka motosikal dalam satu lagi operasi bantuan mencari barang kes di Sungai Batu Kawan, di sini, pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-wilayah-1-bantu-kesan-lima-lagi-rangka-motosikal-curi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:24 MYT

Ppm Wilayah 1 Bantu Kesan Lima Lagi Rangka Motosikal Curi

Menurut komandernya ACP Mohd Yusof Abdullah, pasukannya telah memberi bantuan selaman dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang bagi mengesan barang kes curi motosikal yang disiasat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan. 

“Hasil petunjuk daripada dua orang suspek, polis telah menemui lima rangka motosikal di dasar sungai berkenaan. 

“Tiga daripada rangka tersebut adalah disahkan motosikal yang dilaporkan hilang di Jelutong , Bukit Tambun dan Batu Ferringhi berdasarkan nombor casis yang terdapat pada rangka motosikal yang ditemui itu,” jelas Mohd lagi. 

Kelmarin Unit Selam Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 berjaya mengesan tiga rangka motosikal di Sungai Caruk Bertam, Sungai Parit Panjang dan Sungai Ketil di Baling, Kedah.
ArticlePublished 03 Nov 2014 12.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM