Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tawau Tahan 15 Pati Filipina Rampas Pelbagai Barangan Bersubsidi

Published: 26 Feb 2018 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 26 Februari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina bersama juragan ketika menjalankan Operasi Gelora Khas di kawasan Laut Batu 4, dekat sini, malam semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tawau-tahan-15-pati-filipina-rampas-pelbagai-barangan-bersubsidi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT

Tawau, 26 Februari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya menahan 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina bersama juragan ketika menjalankan Operasi Gelora Khas di kawasan Laut Batu 4, dekat sini, malam semalam.

Komander PPM Wilayah Empat, ACP Mohd Yazib Abd Aziz berkata, sepasukan polis dari Unit Risikan Marin (URM) mengesan sebuah bot yang bergerak perlahan dalam keadaan mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua warga Filipina itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan cuba meninggalkan Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan," ujar beliau.

Polis turut merampas sebuah perahu, lima tong drum berisi minyak petrol, 10 biji tong gas dan sebuah enjin sangkut yang nilai keseluruhannya kira-kira RM36,880.

Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau sebelum diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau untuk siasatan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007/2010 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ppm Tawau Tahan 15 Pati Filipina Rampas Pelbagai Barangan Bersubsidi
ArticlePublished 26 Feb 2018 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM