Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tawau Gagalkan Tiga Cubaan Seludup 1 220kg Gula Pasir Ke

Diterbitkan: 17 Jun 2014 9.09 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Tawau, 20 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan tiga cubaan menyeludup keluar 1,220 kilogram gula pasir menggunakan feri penumpang ke negara jiran semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tawau-gagalkan-tiga-cubaan-seludup-1-220kg-gula-pasir-ke
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:55 MYT

Tawau, 20 Ogos - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau menggagalkan tiga cubaan menyeludup keluar 1,220 kilogram gula pasir menggunakan feri penumpang ke negara jiran semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah ACP Mohammad Madun berkata barangan kawalan berkenaan dirampas dari tiga buah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Nunukan, Indonesia, selepas diperiksa di kawasan perairan Sungai Tongkang.

Katanya pemeriksaan ke atas feri pertama yang baru berlepas dari pelabuhan Tawau pada pukul 3.20 petang oleh sepasukan empat anggotanya menemui 480 kilogram gula pasir yang disembunyikan di ruang kargo feri berkenaan.

"Pemeriksaan ke atas feri penumpang kedua dan ketiga pada pukul 4.10 petang dan 4.35 petang di kawasan perairan yang sama pula membawa kepada penemuan masing-masing 360 kilogram dan 380 kilogram gula pasir di ruang kargo kedua-dua feri itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad berkata tiada penumpang ataupun anak kapal di dalam ketiga-tiga feri penumpang berkenaan mengaku pemilik barangan kawalan yang dianggarkan bernilai RM3,050 itu dan kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam kerana membawa keluar barangan kawalan tanpa kebenaran.

Katanya kesemua barangan rampasan yang disyaki untuk pasaran di negara jiran dibawa ke pangkalan PPM Tawau dan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut. 

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 9.09 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM