Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tahan Lelaki Rampas Mercun Bernilai Lebih Rm10 Ribu

Published: 04 Feb 2018 3.24 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Johor Bahru, 4 Februari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tampoi berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM10,300 yang disimpan di dalam sebuah pasaraya dekat Taman Nusa Bestari 2, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-lelaki-rampas-mercun-bernilai-lebih-rm10-ribu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT

Johor Bahru, 4 Februari 2018 - Pasukan Polis Marin (PPM) Tampoi berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 48 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM10,300 yang disimpan di dalam sebuah pasaraya dekat Taman Nusa Bestari 2, petang tadi.

Komander PPM Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, serbuan menerusi Op Landai pada jam 4.00 petang tadi membabitkan seorang pegawai dan empat anggota PPM Tampoi.

“Hasil pemeriksaan polis di dalam pasaraya berkenaan menemukan sejumlah kotak pelbagai jenis mercun yang dipercayai untuk pasaran tempatan,” ujar beliau.

Lelaki berkenaan bersama kesemua mercun yang dirampas dibawa ke PPM Wilayah Dua untuk tindakan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1957.

Ppm Tahan Lelaki Rampas Mercun Bernilai Lebih Rm10 Ribu

ArticlePublished 04 Feb 2018 3.24 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM