Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppm Tahan Lelaki Rampas 825 Liter Petrol Di Semporna

Published: 25 Nov 2014 1.33 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Semporna, 25 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini memberkas seorang lelaki berumur 28 tahun dan merampas 33 tong berisi 825 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-lelaki-rampas-825-liter-petrol-di-semporna
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:30 MYT
Semporna, 25 Nov - Pasukan Polis Marin (PPM) di sini memberkas seorang lelaki berumur 28 tahun dan merampas 33 tong berisi 825 liter petrol dipercayai cuba diseludup ke negara jiran petang semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata pemeriksaan ke atas rumah tidak bernombor yang terletak di tepi laut di Kampung Labuan Haji itu dilakukan kira-kira pukul 6.30 petang selepas menerima maklumat orang awam.

"Anggota PPM yang menjalankan tugas khas menggunakan bot samaran. Setelah pegawai yang mengetuai operasi memperkenalkan diri, pemeriksaan terus dijalankan ke atas rumah itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lelaki berkenaan akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.-BERNAMA
ArticlePublished 25 Nov 2014 1.33 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM