Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppm Tahan Empat Lelaki Bersama Bot Tunda

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tumpat, 2 Feb - Empat lelaki tempatan ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor dalam Op Pensura semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda pada jarak 4.6 batu nautika dari Pant..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppm-tahan-empat-lelaki-bersama-bot-tunda
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:42 MYT

Tumpat, 2 Feb - Empat lelaki tempatan ditahan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor dalam Op Pensura semasa pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda pada jarak 4.6 batu nautika dari Pantai Kuala Besar, di sini, malam semalam.

Menurut Pemangku PP Markas Operasi PPM Pengkalan Kubor, Insp Virak A/L Kong Pet keempat-empat individu berkenaan, seorang tekong dan tiga awak-awak berusia lingkungan 30 hingga 65 tahun itu ditahan selepas pemeriksaan lanjut mendapati bot yang dinaiki mereka telah ditunda kurang daripada lima batu nautika dan melanggar syarat lesen di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985.

Turut dirampas bot tunda bernilai RM100,000. Kes diserahkan kepada Jabatan Perikanan Kelantan untuk tindakan lanjut.

Ppm Tahan Empat Lelaki Bersama Bot Tunda
Sumber : Pasukan Polis Marin Pangkalan Kubor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM