Ppm Tahan 3 Lelaki Pancing Di Empangan
Simpang
Renggam, 2 Mac - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor Bahru
menahan tiga lelaki bersama beberapa peralatan memancing dan hasil
tangkapan dalam Op Lindung di Empangan Macap, di sini, kira-kira 1230
tengah malam tadi.
ACP
Zainul Abidin Hasan, Komander PPM Wilayah Dua berkata hasil pemeriksaan
pihak polis menjumpai sembilan rod pancing beserta mesin, satu sauk
serta hasil tangkapan iaitu ikan seberat hampir dua kilogram.
"Orang
ramai diseru agar menjauhi kawasan empangan kerana kawasan tersebut
merupakan kawasan berisiko tinggi. Tindakan tegas akan dikenakan
terhadap sesiapa yang melakukan pencerobohan di kawasan tersebut,"
tegasnya lagi.
Ketiga-tiga
suspek yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Simpang Renggam untuk
tindakan lanjut. Jika disabitkan kesalahan, kesemua mereka boleh didakwa
di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan didenda RM
1,000 dan dipenjara dua tahun.

Sumber : Pasukan Polis Marin Johor